Wednesday 22 April 2015

Perkhidmatan PSS@SMK Keningau II

Perkhidmatan Yang Ditawarkan

PSS SMK Keningau II


BAHAGIAN PINJAMAN
Koleksi buku-buku terdapat di perpustakaan ini merangkumi pelbagai bidang ilmu  serta bersesuaian dengan identity perpustakaan  sekolah. Pengguna boleh meminjam 2 buah buku dalam satu masa dengan tempoh pinjaman adalah seminggu. Bahan red-spot pula hanya dibenarkan sehari sahaja. Peminjaman mesti menggunakan kad pinjaman . Semua bahan disusun mengikut Sistem Pengkelasan Dewey.
BILIK AKSES
Merupakan sebuah yang memiliki bahan Red Spot. Bilik ini menempatkan buku-buku rujukan peperiksaan yang terdiri dari buku tempatan dan rujukan am keluaran luar negara. Juga menyediakan sudut khas yang menempatkan bahan rujukan khas untuk para guru serta bahan lama keluaran sebelum merdeka.
PUSAT AKSES
Mempunyai 11 buah komputer yang mempunyai akses dengan internet. Juga ditempatkan koleksi CD dan VCD keluaran PPK, sisipan buku teks dan dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Para pengguna boleh menggunakan bilik ini secara percuma untuk mengakses internet dan menaip tugasan. Penggunaan semasa P&P mestilah bersama guru mata Pelajaran masa yang terlibat.Penggunaan mestilah direkodkan.

AKHBAR DAN MAJALAH
Perpustakaan ini menyediakan kemudahan bahan bacaan akhbar dan majalah. Sebanyak 11 buah majalah dan 3 naskah akhbar disediakan untuk tatapan para pengguna.Majalah-majalah adalah seperti berikut:
Dewan Siswa, Dewan Masyarakat, Dewan Bahasa, Pelita Bahasa, Dewan Kosmik, Dewan Ekonomi, e– Siswa, Rapi, Anjung Seri, Laman,Nur, Home Décor,PC, Keluarga dan  Wanita. Akhbar: Berita Harian, Utusan Malaysia dan The Star.
KOLEKSI SISIPAN AKHBAR
Terdapat pelbagai sisipan akhbar yang di kumpulkan dan memudahkan pembaca mencari topik-topik tertentu.
INTERNET
Kemudahan melayari internet disediakan di ruang Pusat Akses secara percuma.

No comments:

Post a Comment